Sunday, January 5, 2020

Penyusunan Qiraat dan Sejarah Permulaan Penulisan Dalam Ilmu Qiraat


           SEJARAH PERMULAAN PENULISAN DALAM ILMU QIRAAT


  • Bermula era penulisan dan pembukuan qiraat apabila para Qurra’ yang masyhur telah menaqalkan qiraat-qiraat dari imam-imam qiraat yang muttaqin dan masyhur dengan ilmu riwayah dan dirayah bertepatan dengan rukun-rukun qiraat.
  • Kitab pertama yang menulis ilmu qiraat ialah al-Qiraat oleh Abu Ubaid Bin Salam (224H) yang telah mengumpulkan 25 orang imam qiraat bersama tujuh imam dalam kitabnya. 
  • Pendapat lain menyatakan bahwa orang yang pertama kali menuliskan ilmu qira’at adalah Husain bin Usman bin Tsabit al-Baghdadi al-Dharir yang wafat pada tahun 378 H. Dengan demikian mulai saat itu qira’at menjadi ilmu tersendiri dalam ‘Ulum al-Qur’an.
  • Menurut Sya'ban Muhammad Ismail kedua pendapat itu diterima iaitu orang yang pertama kali menulis qiraat dalam bentuk prosa adalah al-Qassim bin Salam, dan orang yang pertama kali menulis qiraat sab'ah dalam bentuk puisi ialah Husain bin Utsman bin Tsabit al-Baghdadi.

  •  Kemudian beberapa Ulama' telah meneruskan penulisan Qiraat , antara ulama yang terlibat ialah
  1. Ahmad bin jubir yang wafat pada 358H, beliau telah menulis kitab Qiraat dan disebarkan ke 5 wilayah iaitu Makkah,Madinah,Basrah,Kuffah dan Syam
  2. Ismail bin ishak al maliki yang wafat pada 310H, beliau telah menulis kitab Qiraat al jami' yang mengumpul beberapa bacaan qiraat.
  3. Imam Muhammad bin Ahmad Dajuni yang wafat pada 334H beliau menulis kitab qiraat samaniah yang mengumpulkan 8 bacaan Imam termasuk Abu Ja'far 

  • Walaubagaimanapun penulisan qiraat sebenarnya telah bermula pada kurun pertama tetapi tidak masyhur iaitu kitab yang ditulis oleh Yahya Bin Ya’mar (90H) yang mengumpulkan semua riwayat beliau mengenai perbezaan qiraat yang selari dengan rasm al-Uthmani.Pada kurun kedua, terdapat tiga kitab qiraat yang ditulis oleh Aban bin Thaghlab al-Kufi,Muqatil ibn Sulaiman dan Za’idah ibn Qudamah al-Thaqafi.

  • Selepas itu kitab qiraat yang ditulis oleh Abu Hatim al-Sajastani (225H) tetapi tidak masyhur.
  • Al-Qadi Ismail bin Ishaq al-Maliki Sahib Qalun telah mengumpulkan 20 imam qiraat termasuk imam tujuh dalam kitabnya.
  • Abu Ja’afar Muhammad bin Jarir al-Tabari (310H) telah menulis dalam kitabnya al-Jami’ lebih 20 imam qiraat dalam kitabnya.
  • Kemudian al-Imam Abu Bakar al-Dajuni telah mengumpulkan sebelas orang imam qiraat termasuk Abu Ja’afar.
 



                                                                PENYUSUNAN QIRAAT



  • Pada penghujung Abad ke III Hijriyah, Ibn Mujahid menyusun qira’at Sab’ah dalam kitabnya Kitab al-Sab’ah. Nama beliau ialah al-Imam Abu Bakr Ahmad bin Musa bin al-Abbas yang masyhur.Dia hanya memasukkan para imam qiraat yang terkenal siqah dan amanah serta panjang pengabdiannya dalam mengajarkan al-Qur’an, yang berjumlah tujuh orang. Tentunya masih banyak imam qira’at yang lain yang dapat dimasukkan dalam kitabnya. IbnMujahid menamakan kitabnya dengan Kitab al-Sab’ah hanyalah secara kebetulan, tanpa ada maksud tertentu. Setelah munculnya kitab ini, orang-orang awam menyangka bahwa yang dimaksud dengan ahruf sab’ah adalah qira’at sab’ah oleh Ibn Mujahid ini.Padahal masih banyak lagi imam qira’at lain yang kadar kemampuannya setara dengan tujuh imam qira’at dalam kitab Ibn Mujahid.

  • Abu al-Abbas bin Ammar mengecam Ibnu Mujahid kerana telah mengumpulkan qira’at sab’ah. Menurutnya Ibn Mujahid telah melakukan perkara yang tidak selayaknya dilakukan, yang mengaburkan pengertian orang awam bahawa Qiraat Sab’ah itu adalah ahruf sab’ah seperti dalam hadis Nabi itu. Dia juga menyatakan, tentunya akan lebih  baik jika Ibnu Mujahid mengurangi atau menambah jumlahnya dari tujuh, agar tidak terjadi syubhat. Banyak kitab-kitab qiraat yang ditulis para ulama setelah Kitab Sab’ah ini. Yang paling terkenal diantaranya adalah al-Taysir fi al-Qiraat al- Sab’i yang diisusun oleh Abu Amr al-Dani, Matan al-Syatibiyah fi Qira’at al-Sab’i karya Imam al-Syatibi, al-Nasyr fi Qira’at al-‘Asyr karya Ibn al-Jazari dan Itaf Fudala’ al-Basyar fi al-Qira’at al-Arba’ah ‘Asyara karya Imam al-Dimyati al-Banna
  • Namun Ibn Mujahid tidak memasukkan Imam Yakkub ke dalam senarai para imam yang tujuh. Sebagai pelengkapnya, beliau memasukkan 'Ali Kisa'i' salah seorang pakar qiraat dari Kuffah untuk menggantikan nama Yakkub. Maka daripada situlah bermulanya sebutan Qiraat Sab'ah.


  • persoalan timbul mengapakah diadakan pembatasan hanya tujuh orang imam qiraat sahaja?padahal selain mereka itu masih ramai lagi imam qiraat yang setaraf dengan mereka.Menurut Al-Makki,kerana perawi daripada imam-imam tersebut terlalu ramai dan minat orang mulai berkurangan,mereka(para perawi)mulai membatasi diri hanya pada qiraat yang sesuai dengan mashaf yang mudah dihafal dan mudah menurut bacaan Al-Quran.


  • Di samping itu,mereka adalah terdiri daripada orang-orang yang dikenali boleh dipercayai,jujur,lama dalam menekuni qiraat dan qiraatnya pun disepakati untuk dijadikan rujukan.Setelah itu, para perawi tersebut memilih satu imam qiraat dari setiap daerah.Walau demikian,mereka tidak meninggalkan periwayat selain tujuk imam qiraat tersebut,seperti qiraat yakkub,qiraat abu jaafar,qiraat syaibah dan lain-lain.


  • Periwayat-periwayat imam 7 yang masyhur ialah:

  1.  Qalun dan Warsy,meriwayatkan daripada imam Nafi'
  2. Qambul dan Al-Bazzi meriwayatkan qiraat daripada Ibnu Kathir
  3. Ad-Dhuri dan Susi meriwayatkan qiraat dari imam Abu Amr
  4. Syu'bah dan Hafs meriwayatkan qiraat dari Imam Asim
  5. Kholafi dan Khollad meriwayatkan qiraat daripada Imam Hamzah
  6. Hisyam dan Dzaquan meriwayatkan qiraat dari Imam Ibn Amir
  7. Abdul Haris dan Dhuri meriwayatkan qiraat dari Imam Kisa'i 

  • Bacaan imam 7 dipopularkan oleh para perawi yang tertarik terhadap bacaan masing-masing.Jumlah para perawi bagi setiap imam adalah banyak,tetapi dalam pembukuan ilmu qiraat,hanya 2 orang perawi terkenal sahajayang digandingkan dengan setiap imam.Dengan demikian,masing-masing imam qiraat itu ada 2 orang perawi dibelakangnya yang menyebar luaskan qiraatnya.





Kitab-kitab yang menjadi rujukan Qiraat

1. (الأبانة عن معاني القراءا) ditulis oleh Makki bin Abi Talib al-qissi , beliau meninggal pada tahun 437 H
2. (ارشاد المريد في شرح القصيد), disyarah oleh Syartibi.
3. (الحجة في علل القراءات السبع), Ditulis oleh Hassan Bin Ahmad
4. (التيسير في القراءات السبع), ditulis oleh Imam Abi Amru Ad-dani, beliau wafat pada tahun 444H, kitab ini dicetak di Istanbul pada tahun 1940 H
5. (الحجة في القراءات السبع), ditulis oleh Husain bin Ahmad bin Khaluwih, beliau wafat pada tahun 370 H, kitab ini dicetak di Damsyik.
6. (تقريب النشر في القراءات السبع), ditulis oleh Imam Ibni Jazri, kitab ini dicetak di Kaherah.
7. (ابرار المعاني من حرز الأماني),ditulis oleh Abdullah bin Ismail, dikenali sebagai (Abu Syamah), kitab ini dicetak di kaherah.
8. اتحاف فضلاء البشر في القراءات الأربع عشر) ),ditulis oleh Ahmad bin Muhammad Dumyati, beliau meninggal pada tahun 117 H.
9.( الارشادات الجلية في القراءات السبع من طريق الشاطبية),ditulis oleh Doktor Muhammad Salim Muhsin, Kitab ini dituis di Universiti Al-Azhar di Kaherah.
10.( شرح المسنودي على الدرة),ditulis oleh oleh Al-Marhum Sheikh  Muhammad bin Hasan AL-Masnudi, beliau meninggal dunia pada tahun 1199 H, kitab ini ditulis di Kaherah.



No comments:

Post a Comment

Penyusunan Qiraat dan Sejarah Permulaan Penulisan Dalam Ilmu Qiraat

            SEJARAH PERMULAAN PENULISAN DALAM ILMU QIRAAT B ermula era penulisan dan pembukuan qiraat apabila para Qurra’ yang masyhu...